Most Popular

PEKDIS WP PUTRAJAYA


VISI
Sebuah Organisasi yang berwibawa dalam memperjuangkan nasib ahlinya tanpa mengabaikan tanggungjwab sebagai Pendidik

MISI
Memastikan perjuangan dalam semua aspek kebajikan ahlinya dapat disalurkan dengan cara paling berkesan demi keselesaan dan kesejahteraan para ahlinya

TUJUAN
1. Merapatkan Ukhuwwah Islamiah antara Guru Pendidikan Islam (GPI), meningkatkan prestasi perkhidmatan dan profesionalisme GPI serta menjaga kebajikan GPI.

2. Menjalinkan kerjasama antara Jabatan dan Institusi Pendidikan dan juga dengan badan-badan Dakwah dan agensi-agensi lain bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3. Meningkatkan kualiti pengurusan Pendidikan Islam dan Dakwah melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua peringkat.

4. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI).

5. Membantu pelaksanaan aktiviti Dakwah dan kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah.

6. Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan dan lain-lain agensi yang berkaitan.

7. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kewangan di cawangan-cawangan PEKDIS seluruh negara dengan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

8. Merancang dan melaksanakan progarm dan aktiviti-aktiviti yang memberi perkhidmatan, kebajikan kepada semua ahli dari segi pendidikan, kerjaya dan kesihatan.


KEAHLIAN

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di institusi-institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan.

2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telan bersara.

3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Pejabat Pendidikan Bahagian.






No comments:

Post a Comment