Most Popular

Info UPI

Unit Pendidikan Islam (UPI) adalah salah satu daripada Unit di bawah Sektor Pengurusan Akademik di Jabatan Pendidikan WP Putrajaya. UPI bertanggungjawab melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, mengendalikan operasi institusi pendidikan Islam, mengendalikan pengurusan dakwah dan aktiviti keagamaan di sekolah.

 Tiga unit beroperasi di bawah unit ini iaitu;
1. Unit Pengurusan Pendidikan Islam (PPI)
2. Unit Pengurusan Dakwah & Syiar Islam (PDSI)
3. Unit Pengurusan Istitusi Pendidikan Agama (PIPA)


Visi UPI:
Melaksanakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang berkualiti ke arah melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dan berpersonaliti unggul.


Misi :Unit Pendidikan Islam berazam untuk menjana generasi muslim yang seimbang kecemerlangan akademiknya dengan ketakwaan kepada Allah dan ketaatan kepada Rasul serta mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya, berkebolehan membaca, memahami dan menghayati kandungan al-Quran dan mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia melalui proses pengajaran dan pembelajaran daripada warga pendidik yang berwibawa bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat



Objektif :

a. Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.

b. Meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.

c. Meningkatkan kualiti pengurusan penempatan guru Pendidikan Islam dengan cekap dan sistematik.

d. Meningkatkan kemahiran dan keterampilan guru Pendidikan Islam secara berterusan dalam pelbagai bidang supaya menarik dan berkesan.

e. Meneruskan survival dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan pegawai, guru Pendidikan Islam dan pelajar untuk membantu keberkesanan Pendidikan Islam.

f. Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara UPI dengan masyarakat, jabatan dan agensi-agensi luar secara permuafakatan.

g. Meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan SMKA sebagai model sistem Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang mengamalkan prinsip hidup Islam.

h. Memperkasakan Pendidikan Islam melalui program j-QAF.

i.  Meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran pentaksiran dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab melalui ICT dan projek inovasi.

j.   Menyediakan data dan maklumat berkaitan Guru Pendidikan Islam WP Putrajaya untuk kegunaan UPI dan BPI, KPM.



No comments:

Post a Comment