Most Popular

Monday, January 13, 2014

Majlis Pelancaran Program Tahsin Iqra` Sekolah-Sekolah Menengah Putrajaya 2014

Para pelajar bergambar kenang-kenangan bersama tetamu yang hadir.
Program Tahsin Iqra` Sekolah-Sekolah Menengah Putrajaya 2014 merupakan program yang dianjurkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) dengan kerjasama bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendidikan WP Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis pelancaran program tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2014 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan.  YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor selaku Menteri W. Persekutuan dan Ahli Parlimen Putrajaya telah hadir merasmikan majlis dan menyampaikan peruntukan kepada Pengetua Sekolah untuk digunakan di dalam program tersebut.







 Turut hadir ialah Tuan Haji Jamaluddin Bin Yusof, Pengarah JPWPP dan Tuan Haji Hazaruddin, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan.

Objektif program ini ialah membasmi buta huruf Al-Quran dengan memberi penekanan Tahsin Iqra` kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam bacaan Al-Quran disamping membina akhlak pelajar dengan akhlak Al-Quran. Diharapkan agar program yang akan dijalankan sepanjang 2014 ini akan mencapai objektif yang diharap-harapkan.

 

Imam Besar Masjid Tuanku Mizan menyampaikan kata alu-aluan.

Para Pengetua menerima replika cek berjumlah RM1000.00
  
Sesi halaqah sedang dijalankan.

YB Datuk Seri Tengku Adnan bersama Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff mendengar taklimat dari Tuan Haji Yusof, Pengetua SMK Putrajaya Presint 16(1)
  

No comments:

Post a Comment