Most Popular

Monday, January 13, 2014

Majlis Pelancaran Program Tahsin Iqra` Sekolah-Sekolah Menengah Putrajaya 2014

Para pelajar bergambar kenang-kenangan bersama tetamu yang hadir.
Program Tahsin Iqra` Sekolah-Sekolah Menengah Putrajaya 2014 merupakan program yang dianjurkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) dengan kerjasama bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendidikan WP Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis pelancaran program tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2014 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan.  YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor selaku Menteri W. Persekutuan dan Ahli Parlimen Putrajaya telah hadir merasmikan majlis dan menyampaikan peruntukan kepada Pengetua Sekolah untuk digunakan di dalam program tersebut.