Most Popular

Thursday, February 27, 2014

Bengkel Kejurulatihan MTQSS WP Putrajaya Bil.1/2014

Jurulatih-Jurulatih Kategori Syarahan Spontan
Musim MTQSS tiba lagi. Para jurulatih MTQSS bagi acara Tilawah, Hafazan, Bercerita Kisah-Kisah Al-Quran dan Syarahan Spontan telah mengikuti Bengkel Kejurulatihan MTQSS Bil.1/ 2014 yang diadakan pada 27 Februari 2014 bertempat di JPWPP.

Bengkel ini sangat penting bagi memberi pendedahan kepada para jurulatih berkaitan kaedah ataupun cara untuk  melatih pelajar-pelajar yang akan mewakili sekolah masing-masing di dalam acara MTQSS Peringkat WP Putrajaya yang akan diadakan pada bulan April nanti. 

Monday, January 13, 2014

Majlis Pelancaran Program Tahsin Iqra` Sekolah-Sekolah Menengah Putrajaya 2014

Para pelajar bergambar kenang-kenangan bersama tetamu yang hadir.
Program Tahsin Iqra` Sekolah-Sekolah Menengah Putrajaya 2014 merupakan program yang dianjurkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) dengan kerjasama bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendidikan WP Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis pelancaran program tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2014 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan.  YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor selaku Menteri W. Persekutuan dan Ahli Parlimen Putrajaya telah hadir merasmikan majlis dan menyampaikan peruntukan kepada Pengetua Sekolah untuk digunakan di dalam program tersebut.