Most Popular

Tuesday, December 10, 2013

Imtihan Qabul Kemasukan ke Tingkatan Satu SMKA dan Kelas Aliran Agama Bagi Sesi Persekolahan 2014


Pada 9 Disember 2013 telah berlangsung Imtihan Qabul Kemasukan ke Ting. 1 SMKA dan Kelas Aliran Agama bagi sesi persekolahan 2014. Program ini telah diadakan di Dewan SMK Putrajaya Presint 11(2) dan telah bermula sejak jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. 
Sesi temuduga sedang dijalankan


Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar dan teratur. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ustaz Samzini bin Abdullah, Penolong Kanan Hem SMKA Putrajaya dan pelajar-pelajar SMKA yang telah bertungkus lumus membantu di dalam pengurusan pada hari tersebut. Tidak lupa guru-guru SMKA dan KAA yang telah menjalankan tugas sebagai penemuduga dan panel pemilih. Semoga segala usaha anda mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah Taala. 




Para peserta menunggu giliran untuk ditemuduga


Antara ibu bapa yang hadir menghantar anak-anak untuk temuduga kemasukan ke SMKA dan KAA.




No comments:

Post a Comment