Most Popular

Friday, September 27, 2013

Kem Pemantapan Akidah Sekolah-Sekolah WP Putrajaya 2013

 
Tarikh:    27-29 September 2013
Tempat:  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
Sasaran:100 orang pelajar-pelajar SK dan SMK WP Putrajaya

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kekuatan diri secara rohani dan jasmani pelajar bagi melengkapi individu yang bertaqwa serta sebagai khalifah.
  • Kecintaan dan istiqamah dengan penghayatan, amalan dan iklim dini pelajar muslim  mengikut acuan syariat Islam.
  • Bersedia menghadapi cabaran akidah dari berbagai aspek dalam persekitaran kehidupan.
  • Mempunyai kreativiti dalam metodologi dakwah mengikut kesesuaian masa, tempat dan sasaran.
  • Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai qudwah hasanah dalam kehidupan pelajar.

Sunday, September 22, 2013

Nadwah Kepemimpinan Islam SMK Peringkat Kebangsaan 2013

Pada 17-19 September 2013 yang lalu, Kontinjen NKI WP Putrajaya telah menyertai Nadwah Kepemimpinan Islam SMK Peringkat Kebangsaan 2013 yang telah diadakan di ADTEC Jerantut, Pahang.

Program diadakan selama 3 hari 2 malam. Program nadwah ini adalah merupakan program berbentuk latihan dan pendidikan ke arah membentuk generasi yang memiliki nilai-nilai keagamaan dalam kepimpinan. Ini bererti kepemimpinan yang ingin dijelmakan oleh negara bukan sahaja mereka yang mampu memiliki pencapaian akademik yang tinggi, malah mampu menghayati ilmu agama dan nilai-nilai murni dalam amalan seharian mereka.

Lantaran itu, NKI adalah satu medan untuk melatih pelajar-pelajar menjadi pemimpin yang berkarisma tinggi, berketerampilan dan mampu menghadapi cabaran-cabaran zaman globalisasi dan era teknologi maklumat kini.