Most Popular

Wednesday, May 29, 2013

MTQSS Peringkat Kebangsaan 2013 telah diadakan pada 24 - 27 Mei 2013 bertempat di SMKA Kuala Lumpur. Kontinjen WP Putrajaya telah memberikan saingan kepada peserta-peserta dari negeri lain dan telah memberikan persembahan yang amat baik. Alhamdulillah, peserta dari Putrajaya iaitu Nur Zafirah Haifa Mohamad Zakaria dari SMK PP 9(1) berjaya menggondol tempat Ketiga Pertandingan Syarahan Spontan Kategori Perempuan.




Nur Zafirah Haifa Mohamad Zakaria dari SMK PP 9(1) berjaya menggondol tempat Ketiga Pertandingan Syarahan Spontan Kategori Perempuan Sekolah Menengah MTQSS Peringkat Kebangsaan 2013.

Monday, May 13, 2013

Bengkel Pemantapan Tulisan Jawi Guru-Guru Pendidikan Islam 2013


Bengkel Pemantapan Tulisan Jawi Guru-Guru Pendidikan Islam ini telah dilaksanakan pada 11 Mei 2013 bertempat di SK Putrajaya Presint 9(1).

Seramai 50 orang GPI Putrajaya telah hadir mendengar ceramah dan bengkel yang telah disampaikan oleh Ustaz Mansor Bin Mohamed iaitu seorang pakar tulisan Jawi yang dijemput khas dari negeri Kelantan.



Objektif kursus ini ialah:



  • Memantapkan kefahaman dan memberi pendedahan kepada GPI terhadap penulisan Jawi terkini.
  • Membantu guru-guru  agar lebih kreatif dalam proses pengajaran Jawi di sekolah-sekolah.
  • Menjadikan pengajaran Jawi sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah dikuasai oleh semua murid.