Most Popular

Tuesday, April 30, 2013

Daurah Murshid Program Bina Upaya GPI WP Putrajaya 2013



Daurah Murshid Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam WP Putrajaya ini telah berjalan dengan jayanya pada 29  April  2013 di Auditorium Masjid Putra Putrajaya. Seramai 254 orang GPI Putrajaya telah bersama-sama menghadiri daurah tersebut. Program ini dirasmikan oleh Pengarah BPI iaitu Tuan Hj. Abdullah bin Md. Din dan turut dihadiri Pengarah Pelajaran JPWPP Tuan Hj. Jamaluddin bin Yusoff. Tuan Hj. Arifuddin bin Abd. Hamid iaitu Ketua Unit Dakwah BPI selaku pegawai meja bagi PBUGPI telah menyampaikan taklimat berkenaan pelaksanaan Tafaqquh Fiddin dan Peranan Murshid di dalam PBUGPI.

Objektif Daurah ini ialah:

  • Melahirkan Ketua Mursyid yang berkemampuan untuk menyampaikan ilmu kepada Mursyid di dalam kumpulan masing-masing.
  • Melahirkan Ketua Mursyid yang mempunyai komitmen tinggi dalam usaha-usaha dakwah.
  • Meningkatkan keupayaan GPI menyampaikan ilmu dan penghayatan nilai agama di sekolah masing-masing.

Wednesday, April 24, 2013

Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA Peringkat Kebangsaan 2013

Tarikh: 19-22  April  2013

Bertempat di Maahad Muar, Johor.

Program ini disertai oleh pelajar-pelajar SMKA yang terpilih.

Objektif:
•Menanam sifat dan semangat kepimpinan dikalangan pelajar-pelajar SMKA.
•Merapatkan ukhwah dan mahabbah dikalangan pelajar SMKA seleuruh Malaysia.


Friday, April 12, 2013

Wednesday, April 10, 2013

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU-GURU j-QAF WP PUTRAJAYA

Bengkel ini telah diadakan pada 4-6  April  2013 di Hotel Hang Tuah City Melaka.
Ianya disasarkan untuk guru-guru Interim j-QAF Kohot 2011. Penutup Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPWPP iaitu Puan Hajah Farizah bt. Ahmad. Pegawai j-QAF BPI iaitu Tuan Syed Abd Hafiz bin Syed Mohamad telah dijemput untuk menyampaikan slot ceramah dan bengkel.


Antara objektif program ini ialah:

  • Memberi pendedahan kepada guru-guru interim j-QAF berkaitan pedagogi pengajaran dan pembelajaran j-QAF di sekolah-sekolah Putrajaya.
  • Membantu guru mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk mengajar kurikulum j-QAF kepada murid-murid sekolah rendah.
  • Memberi pendedahan kepada pendekatan PdP secara Kolaboratif dan  pelaksanaan model-model di dalam j-QAF.
  • Puan Hajah Farizah bt Ahmad, Timbalan Pengarah JPWPP merasmikan penutupan Kursus