Most Popular

Friday, March 15, 2013

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Bahasa Arab dan Pendidikan Islam 2013


Kursus ini diadakan pada 13 Jun 2013 di JPWPP. Ia disasarkan kepada guru-guru tahun 4 subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam 2014.


Antara objektifnya ialah memberi pendedahan berkaitan perubahan KSSR dan PBS yang bakal dipraktikkan di sekolah-sekolah bermula tahun 2014 disamping menyebar luas input yang diterima diperingkat sekolah melalui LDP.

Tuesday, March 12, 2013

BENGKEL PENULISAN KHUTBAH DAN DOA SEMPENA HARI GURU KPM 2013


Bengkel ini telah diadakan pada 11 Mac 2013 bertempat di Masjid Negeri, N.Sembilan di Seremban. Antara wakil dari Putrajaya yang telah menghadiri bengkel ini ialah Ustaz Nor Irwan, Ustaz Mohd Fathi, Ustaz Hashrul dan Ustaz Shahzeri. 

Kumpulan dari WP Putrajaya telah ditugaskan megarang doa untuk digunakan di dalam Majlis Perasmian dan Majlis Sambutan Hari Guru 2013 yang akan diadakan di Seremban. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan buah fikiran dari semua ahli kumpulan kami berjaya menyediakan 5 teks doa khusus untuk program tersebut.

Sunday, March 10, 2013

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI TASAWWUR ISLAM & BAHASA ARAB SEKOLAH-SEKOLAH PUTRAJAYA 2013

Bengkel ini telah diadakan pada 7-9 Mac 2013 di Hotel Impian Morib dan melibatkan 30 orang guru-guru Tasawur Islam dan Guru-Guru Bahasa Arab WP Putrajaya.


Objektif kursus ini ialah:
  • Memantapkan pedagogi guru-guru di dalam PdP di sekolah
  • Membantu guru-guru agar lebih kreatif dalam proses pengajaran kepada murid-murid.
  • Menjadikan pengajaran sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah dikuasai oleh semua murid.
 




Tuesday, March 5, 2013

Kursus Jurulatih Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah WP Putrajaya

Tarikh:         28 Februari 2013
Tempat:      JPWPP
Sasaran:     Kursus ini dihadiri oleh Jurulatih Acara MTQSS 2013. (50 orang)
Objektif:
  • Memberi pendedahan kepada jurulatih tentang peraturan MTQSS 2013
  • Memantapkan kaedah latihan kepada peserta MTQSS.
  • Melahirkan peserta MTQSS yang setanding dengan peserta negeri lain di peringkat Kebangsaan.