Most Popular

Tuesday, February 26, 2013

Kursus Pemantapan Kaedah Iqra, Guru-Guru j-QAF WP Putrajaya 2013



Diadakan pada 22 Februari 2013, bertempat di Dewan SK Putrajaya Presint 16(2).

Kursus ini melibatkan semua 112 orang guru j-QAF WP Putrajaya.Pihak Darul Fikir, Kuala Lumpur telah dijemput untuk menyampaikan slot kepada para peserta.

Objektif:

  • Memantapkan kefahaman guru-guru j-QAF terhadap penggunaan kitab IQRA’ yang  dibekalkan di sekolah.
  • Membantu guru-guru j-QAF agar lebih kreatif dalam proses pengajaran IQRA’ kepada murid-murid.
  • Menjadikan pengajaran IQRA’ sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah dikuasai oleh semua murid.

Tuesday, February 5, 2013

Multaqa Nasional Guru Pendidikan Islam 2013

Multaqa ini telah diadakan pada 4 Februari 2013 di MAEPS, Serdang dan dihadiri oleh 243 orang GPI WP Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, TPM merangkap Menteri Pendidikan. Antara objektifnya ialah memantapkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan GPI berhubung perancangan dan perlaksanaan program pemantapan akidah murid disamping menyatukan kesatuan pemikiran dan tindakan GPI sebagai pemangkin utama agenda perpaduan umat.