Most Popular

Wednesday, January 23, 2013

DAURAH MURSHID PERINGKAT KEBANGSAAN 2013



Daurah ini telah diadakan 20 -22 Januari 2013 bertempat di IAB, Genting Highland
melibatkan 4 Orang Mursyid WP Putrajaya yang terpilih. Antara objektif daurah ini ialah memasyarakatkan GPI sebagai Pendakwah Negara melalui program 1GPI 1Masjid dalam usaha mengembangkan syiar Islam disamping merapatkan  ukhuwwah Islamiah antara semua Guru Pendidikan Islam (GPI). YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, TPM merangkap Menteri Pendidikan telah hadir menyampaikan amanat dan merasmikan daurah.
Objektif Daurah ini ialah:

  • Melahirkan Ketua Mursyid yang berkemampuan untuk menyampaikan ilmu kepada Mursyid di dalam kumpulan masing-masing.
  • Melahirkan Ketua Mursyid yang mempunyai komitmen tinggi dalam usaha-usaha dakwah.
  • Meningkatkan keupayaan GPI menyampaikan ilmu dan penghayatan nilai agama di sekolah masing-masing.
Barisan Murshid WP Putrajaya,
Dari kiri, Ustaz Shaiful Amri bin Musa, Ustaz Hashrul Aidil bin Maslan, Ustaz Nor Irwan bin Zulkapli dan Ustazah Rusuwati bt. Othman