Most Popular

Tuesday, December 10, 2013

Imtihan Qabul Kemasukan ke Tingkatan Satu SMKA dan Kelas Aliran Agama Bagi Sesi Persekolahan 2014


Pada 9 Disember 2013 telah berlangsung Imtihan Qabul Kemasukan ke Ting. 1 SMKA dan Kelas Aliran Agama bagi sesi persekolahan 2014. Program ini telah diadakan di Dewan SMK Putrajaya Presint 11(2) dan telah bermula sejak jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. 
Sesi temuduga sedang dijalankan

Saturday, October 5, 2013

Kursus Pemantapan Pedagogi Guru-Guru Program j-QAF WP Putrajaya

Para peserta sedang berbincang di dalam bengkel
Kursus ini diadakan pada 30 September - 2 Oktober 2013 bertempat di Hotel Hang Tuah World Heritage Melaka. Seramai 40 orang peserta yang teridiri dari guru-guru j-QAF WP Putrajaya telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Kursus Pemantapan ini diadakan dengan menggunakan waran peruntukan dari Bahagian Pendidikan Guru KPM dan menggunakan Modul yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM.


Friday, September 27, 2013

Kem Pemantapan Akidah Sekolah-Sekolah WP Putrajaya 2013

 
Tarikh:    27-29 September 2013
Tempat:  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
Sasaran:100 orang pelajar-pelajar SK dan SMK WP Putrajaya

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kekuatan diri secara rohani dan jasmani pelajar bagi melengkapi individu yang bertaqwa serta sebagai khalifah.
  • Kecintaan dan istiqamah dengan penghayatan, amalan dan iklim dini pelajar muslim  mengikut acuan syariat Islam.
  • Bersedia menghadapi cabaran akidah dari berbagai aspek dalam persekitaran kehidupan.
  • Mempunyai kreativiti dalam metodologi dakwah mengikut kesesuaian masa, tempat dan sasaran.
  • Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai qudwah hasanah dalam kehidupan pelajar.

Sunday, September 22, 2013

Nadwah Kepemimpinan Islam SMK Peringkat Kebangsaan 2013

Pada 17-19 September 2013 yang lalu, Kontinjen NKI WP Putrajaya telah menyertai Nadwah Kepemimpinan Islam SMK Peringkat Kebangsaan 2013 yang telah diadakan di ADTEC Jerantut, Pahang.

Program diadakan selama 3 hari 2 malam. Program nadwah ini adalah merupakan program berbentuk latihan dan pendidikan ke arah membentuk generasi yang memiliki nilai-nilai keagamaan dalam kepimpinan. Ini bererti kepemimpinan yang ingin dijelmakan oleh negara bukan sahaja mereka yang mampu memiliki pencapaian akademik yang tinggi, malah mampu menghayati ilmu agama dan nilai-nilai murni dalam amalan seharian mereka.

Lantaran itu, NKI adalah satu medan untuk melatih pelajar-pelajar menjadi pemimpin yang berkarisma tinggi, berketerampilan dan mampu menghadapi cabaran-cabaran zaman globalisasi dan era teknologi maklumat kini. 

Saturday, August 3, 2013

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah WP Putrajaya 2013


Majlis ini diadakan dengan jayanya pada 31 Julai 2013 bertempat di SMK Putrajaya Presint 9(1) dan disertai oleh pelajar-pelajar dari semua Sekolah Menengah di Putrajaya. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Hj. Jamaluddin bin Yusof, Pengarah JPWPP.

Friday, June 28, 2013

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH WP PUTRAJAYA 2013

Tarikh: 26 Jun 2013
Tempat: Kompleks Kejiranan Presint 16 WP Putrajaya
Peserta: Pelajar-pelajar kelas KAA dan SMKA Putrajaya
Johan Keseluruhan: SMK Putrajaya Presint 8(1)





Saturday, June 15, 2013

Bengkel E-Pelaporan j-QAF Sekolah-Sekolah WP Putrajaya 2013

 JU j-QAF Putrajaya, Ustaz Nasromnizan dan Ustaz Ahmad Firdaus memberikan taklimat kepada guru-guru j-QAF


Bengkel ini telah diadakan pada 13 Jun 2013 bertempat di JPWPP dan dihadiri oleh JU j-QAF, Penyelaras dan Setiausaha Unit j-QAF sekolah-sekolah Putrajaya. Bengkel ini berjaya memberi pendedahan kepada guru-guru j-QAF berkenaan kaedah pengisian e-laporan Jun 2013 dan memastikan semua guru j-QAF mengisi data-data yang diperlukan dan dihantar ke JPWPP mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Wednesday, May 29, 2013

MTQSS Peringkat Kebangsaan 2013 telah diadakan pada 24 - 27 Mei 2013 bertempat di SMKA Kuala Lumpur. Kontinjen WP Putrajaya telah memberikan saingan kepada peserta-peserta dari negeri lain dan telah memberikan persembahan yang amat baik. Alhamdulillah, peserta dari Putrajaya iaitu Nur Zafirah Haifa Mohamad Zakaria dari SMK PP 9(1) berjaya menggondol tempat Ketiga Pertandingan Syarahan Spontan Kategori Perempuan.




Nur Zafirah Haifa Mohamad Zakaria dari SMK PP 9(1) berjaya menggondol tempat Ketiga Pertandingan Syarahan Spontan Kategori Perempuan Sekolah Menengah MTQSS Peringkat Kebangsaan 2013.

Monday, May 13, 2013

Bengkel Pemantapan Tulisan Jawi Guru-Guru Pendidikan Islam 2013


Bengkel Pemantapan Tulisan Jawi Guru-Guru Pendidikan Islam ini telah dilaksanakan pada 11 Mei 2013 bertempat di SK Putrajaya Presint 9(1).

Seramai 50 orang GPI Putrajaya telah hadir mendengar ceramah dan bengkel yang telah disampaikan oleh Ustaz Mansor Bin Mohamed iaitu seorang pakar tulisan Jawi yang dijemput khas dari negeri Kelantan.



Objektif kursus ini ialah:



  • Memantapkan kefahaman dan memberi pendedahan kepada GPI terhadap penulisan Jawi terkini.
  • Membantu guru-guru  agar lebih kreatif dalam proses pengajaran Jawi di sekolah-sekolah.
  • Menjadikan pengajaran Jawi sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah dikuasai oleh semua murid.

Tuesday, April 30, 2013

Daurah Murshid Program Bina Upaya GPI WP Putrajaya 2013



Daurah Murshid Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam WP Putrajaya ini telah berjalan dengan jayanya pada 29  April  2013 di Auditorium Masjid Putra Putrajaya. Seramai 254 orang GPI Putrajaya telah bersama-sama menghadiri daurah tersebut. Program ini dirasmikan oleh Pengarah BPI iaitu Tuan Hj. Abdullah bin Md. Din dan turut dihadiri Pengarah Pelajaran JPWPP Tuan Hj. Jamaluddin bin Yusoff. Tuan Hj. Arifuddin bin Abd. Hamid iaitu Ketua Unit Dakwah BPI selaku pegawai meja bagi PBUGPI telah menyampaikan taklimat berkenaan pelaksanaan Tafaqquh Fiddin dan Peranan Murshid di dalam PBUGPI.

Objektif Daurah ini ialah:

  • Melahirkan Ketua Mursyid yang berkemampuan untuk menyampaikan ilmu kepada Mursyid di dalam kumpulan masing-masing.
  • Melahirkan Ketua Mursyid yang mempunyai komitmen tinggi dalam usaha-usaha dakwah.
  • Meningkatkan keupayaan GPI menyampaikan ilmu dan penghayatan nilai agama di sekolah masing-masing.

Wednesday, April 24, 2013

Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA Peringkat Kebangsaan 2013

Tarikh: 19-22  April  2013

Bertempat di Maahad Muar, Johor.

Program ini disertai oleh pelajar-pelajar SMKA yang terpilih.

Objektif:
•Menanam sifat dan semangat kepimpinan dikalangan pelajar-pelajar SMKA.
•Merapatkan ukhwah dan mahabbah dikalangan pelajar SMKA seleuruh Malaysia.


Friday, April 12, 2013

Wednesday, April 10, 2013

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU-GURU j-QAF WP PUTRAJAYA

Bengkel ini telah diadakan pada 4-6  April  2013 di Hotel Hang Tuah City Melaka.
Ianya disasarkan untuk guru-guru Interim j-QAF Kohot 2011. Penutup Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPWPP iaitu Puan Hajah Farizah bt. Ahmad. Pegawai j-QAF BPI iaitu Tuan Syed Abd Hafiz bin Syed Mohamad telah dijemput untuk menyampaikan slot ceramah dan bengkel.


Antara objektif program ini ialah:

  • Memberi pendedahan kepada guru-guru interim j-QAF berkaitan pedagogi pengajaran dan pembelajaran j-QAF di sekolah-sekolah Putrajaya.
  • Membantu guru mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk mengajar kurikulum j-QAF kepada murid-murid sekolah rendah.
  • Memberi pendedahan kepada pendekatan PdP secara Kolaboratif dan  pelaksanaan model-model di dalam j-QAF.
  • Puan Hajah Farizah bt Ahmad, Timbalan Pengarah JPWPP merasmikan penutupan Kursus

Friday, March 15, 2013

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Bahasa Arab dan Pendidikan Islam 2013


Kursus ini diadakan pada 13 Jun 2013 di JPWPP. Ia disasarkan kepada guru-guru tahun 4 subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam 2014.


Antara objektifnya ialah memberi pendedahan berkaitan perubahan KSSR dan PBS yang bakal dipraktikkan di sekolah-sekolah bermula tahun 2014 disamping menyebar luas input yang diterima diperingkat sekolah melalui LDP.

Tuesday, March 12, 2013

BENGKEL PENULISAN KHUTBAH DAN DOA SEMPENA HARI GURU KPM 2013


Bengkel ini telah diadakan pada 11 Mac 2013 bertempat di Masjid Negeri, N.Sembilan di Seremban. Antara wakil dari Putrajaya yang telah menghadiri bengkel ini ialah Ustaz Nor Irwan, Ustaz Mohd Fathi, Ustaz Hashrul dan Ustaz Shahzeri. 

Kumpulan dari WP Putrajaya telah ditugaskan megarang doa untuk digunakan di dalam Majlis Perasmian dan Majlis Sambutan Hari Guru 2013 yang akan diadakan di Seremban. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan buah fikiran dari semua ahli kumpulan kami berjaya menyediakan 5 teks doa khusus untuk program tersebut.

Sunday, March 10, 2013

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI TASAWWUR ISLAM & BAHASA ARAB SEKOLAH-SEKOLAH PUTRAJAYA 2013

Bengkel ini telah diadakan pada 7-9 Mac 2013 di Hotel Impian Morib dan melibatkan 30 orang guru-guru Tasawur Islam dan Guru-Guru Bahasa Arab WP Putrajaya.


Objektif kursus ini ialah:
  • Memantapkan pedagogi guru-guru di dalam PdP di sekolah
  • Membantu guru-guru agar lebih kreatif dalam proses pengajaran kepada murid-murid.
  • Menjadikan pengajaran sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah dikuasai oleh semua murid.
 




Tuesday, March 5, 2013

Kursus Jurulatih Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah WP Putrajaya

Tarikh:         28 Februari 2013
Tempat:      JPWPP
Sasaran:     Kursus ini dihadiri oleh Jurulatih Acara MTQSS 2013. (50 orang)
Objektif:
  • Memberi pendedahan kepada jurulatih tentang peraturan MTQSS 2013
  • Memantapkan kaedah latihan kepada peserta MTQSS.
  • Melahirkan peserta MTQSS yang setanding dengan peserta negeri lain di peringkat Kebangsaan.


Tuesday, February 26, 2013

Kursus Pemantapan Kaedah Iqra, Guru-Guru j-QAF WP Putrajaya 2013



Diadakan pada 22 Februari 2013, bertempat di Dewan SK Putrajaya Presint 16(2).

Kursus ini melibatkan semua 112 orang guru j-QAF WP Putrajaya.Pihak Darul Fikir, Kuala Lumpur telah dijemput untuk menyampaikan slot kepada para peserta.

Objektif:

  • Memantapkan kefahaman guru-guru j-QAF terhadap penggunaan kitab IQRA’ yang  dibekalkan di sekolah.
  • Membantu guru-guru j-QAF agar lebih kreatif dalam proses pengajaran IQRA’ kepada murid-murid.
  • Menjadikan pengajaran IQRA’ sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah dikuasai oleh semua murid.

Tuesday, February 5, 2013

Multaqa Nasional Guru Pendidikan Islam 2013

Multaqa ini telah diadakan pada 4 Februari 2013 di MAEPS, Serdang dan dihadiri oleh 243 orang GPI WP Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, TPM merangkap Menteri Pendidikan. Antara objektifnya ialah memantapkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan GPI berhubung perancangan dan perlaksanaan program pemantapan akidah murid disamping menyatukan kesatuan pemikiran dan tindakan GPI sebagai pemangkin utama agenda perpaduan umat.

Wednesday, January 23, 2013

DAURAH MURSHID PERINGKAT KEBANGSAAN 2013



Daurah ini telah diadakan 20 -22 Januari 2013 bertempat di IAB, Genting Highland
melibatkan 4 Orang Mursyid WP Putrajaya yang terpilih. Antara objektif daurah ini ialah memasyarakatkan GPI sebagai Pendakwah Negara melalui program 1GPI 1Masjid dalam usaha mengembangkan syiar Islam disamping merapatkan  ukhuwwah Islamiah antara semua Guru Pendidikan Islam (GPI). YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, TPM merangkap Menteri Pendidikan telah hadir menyampaikan amanat dan merasmikan daurah.
Objektif Daurah ini ialah:

  • Melahirkan Ketua Mursyid yang berkemampuan untuk menyampaikan ilmu kepada Mursyid di dalam kumpulan masing-masing.
  • Melahirkan Ketua Mursyid yang mempunyai komitmen tinggi dalam usaha-usaha dakwah.
  • Meningkatkan keupayaan GPI menyampaikan ilmu dan penghayatan nilai agama di sekolah masing-masing.
Barisan Murshid WP Putrajaya,
Dari kiri, Ustaz Shaiful Amri bin Musa, Ustaz Hashrul Aidil bin Maslan, Ustaz Nor Irwan bin Zulkapli dan Ustazah Rusuwati bt. Othman