Most Popular

Wednesday, August 17, 2011

CD PAFA





Projek Kumpul Dana PEKDIS untuk aktiviti dakwah pusat, cawangan dan daerah
Sukacita dimaklumkan bahawa Pekdis Pusat sedang mengusahakan projek pengumpulan dana PEKDIS Pusat dan PEKDIS Cawangan melalui penjualan CD Interaktif PAFA Rendah dan Menengah.

Status CD
CD Interaktif PAFA Rendah dan Menengah ini adalah terbitan IIUM Entrepreneurship and Consultancy Sdn Bhd (IECSB) dan PEKDIS telah dilantik sebagai Pengedar Tunggal bahan ini ke sekolah. CD Interaktif PAFA ini telah disemak oleh dua orang Guru Pakar Pendidikan Islam dan diakui boleh digunakan sebagai bahan rujukan dan pembelajaran kendiri bagi membantu GPI dalam proses P&P.

Tempahan

Sila hubungi Ustazah Hanan binti Hamzah untuk tempahan sebelum 25 Ogos 2011.

Thursday, August 11, 2011

Buku Kem Bestari Solat

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekdis Pusat sedang mengusahakan projek pengumpulan dana Pekdis Pusat dan Pekdis Cawangan melalui penjualan Buku Amali Kem Bestari Solat Tahun 1 hingga 6.
Status Buku

Buku Amali KBS ini adalah terbitan PEKDIS Pusat. Buku Amali ini sedang dalam proses semakan dan pengesahan Guru JLU j-QAF kita.

Pengedaran Buku

Setelah mendapat pengesahan Bahagian Buku Teks, KPM, buku ini dijangka akan diedarkan terus ke sekolah melalui agen pengedar dan kedai buku yang dilantik pada awal Januari 2012 pada harga RM5.00
Penyelaras j-QAF sekolah-sekolah sila maklumkan bilangan tempahan mengikut tahun pembelajaran 2012 murid sekolah masing-masing kepada Ustazah Hanan Hamzah sebelum 19 Ogos 2011.
Borang tempahan sila dapatkan melalui email wakaf.
Segala kerjasama yang diberikan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Salam Ramadhan 1432h

Ramadhan Kareem.....

Semoga semua pendidik memperoleh Rahmat dan Maghfirah pada bulan yang penuh barakah ini.

Sesungguhnya usaha kalian dalam membentuk generasi yang soleh  adalah jariah yang tidak terhingga yang akan memberati mizan kebajikan.

 Hanya Allah yang layak membalas segala usaha murni dan keikhlasan yang diberikan.

KEM BINA JUARA j-QAF 2011

             OBJEKTIF

1        Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti didalam PIPP Teras 2 membangun modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

2        Memupuk semangat kerjasama, tolak ansur dan silaturrahim dikalangan murid, warga pendidik dan masyarakat untuk membina negara bangsa seperti didalam PIPP Teras 1 yang bermatlamatkan melahirkan murid yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang.

3        Mewujudkan semangat persaingan yang sihat dikalangan murid.

4        Melatih murid-murid yang cemerlang mendalami pengetahuan dalam bidang yang tertentu sebagai persediaan untuk menjadi juara.

5        Melahirkan minat murid kepada Seni Khat, Taranum dan Bahasa Arab.
        
TEMA
“Menjana Modal Insan Gemilang”

      ANJURAN

Sub Unit Pengurusan Akademik (Pendidikan Islam), Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya.
   
TARIKH, MASA DAN TEMPAT

 30– 31 Julai  2011 bersamaan  28-29 Syaaban 1432H
(Sabtu hingga Ahad). 

TEMPAT 
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin .

      PESERTA

Murid-murid Tahun 4 dan 5 yang cemerlang dalam aspek al-Quran, jawi dan Bahasa Arab Sekolah-sekolah Putrajaya.

9.      BENTUK PROGRAM

a.     Ice breaking
b.     Ceramah
c.     Latihan Dalam Kumpulan
d.     Majlis Penutupan Rasmi
e.     Rehlah
f.        Persembahan
g.     Riadah




Kecemerlangan 2011 diteruskan!

LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI
Sub Unit Pengurusan Akademik (Pendidikan Islam)


      Tajuk Program/aktiviti :

KEM KECEMERLANGAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PMR DAN SPM SEKOLAH-SEKOLAH PUTRAJAYA
TAHUN 2011

   Objektif :

1.      Membereri pendedahan kepada calon tentang teknik menjawab  yang betul dan cara yang tepat untuk mendapatkan skor penuh.

2.      Memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui skop-skop peperiksaan serta cara mengulangkaji yang betul.

2.3.      Menanam rasa kesedaran kepada pelajar  untuk bersedia menghadapi peperiksaan dengan yakin.

4.      Memberi peluang kepada guru dan pelajar memahami peraturan pemarkahan yang tepat untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran.

5.      Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan peratus pencapaian peperiksaan awam.

3.      Tarikh & Masa Pelaksanaaan :

27 – 28 Julai 2011 
(Rabu dan Khamis)

      Tempat Pelaksanaan :

Auditorium SMK Putrajaya Presint  8 (1)

     Kehadiran Peserta :

100 orang pelajar calon SPM dan PMR (10 orang setiap sekolah) yang mendapat markah  paling rendah di sekolah masing-masing.

Gambar: 

                            

 

BENGKEL KSSR DAN PBS TAHUN 2

LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI

Sub Unit Pengurusan Akademik (Pendidikan Islam)


Tajuk Program/aktiviti :

BENGKEL PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
TAHUN 2

 Objektif :
1 Sebagai pendedahan kepada guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan modul sukatan KSSR tahun 2 terbaru yang akan dilaksanakan pada tahun 2012.

2 Memantapkan lagi pengajaran guru dalam menyampaikan pelajaran dalam bentuk yang menyeronokkan.

3 Perkongsian ilmu dengan rakan-rakan guru lain yang dilaksanakan di sekolah-masing-masing.

4 Meningkatkan lagi profesionalisme keguruan dalam pelaksanaan KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab melalui bengkel dan perbincangan terhadap isu-isu yang dilihat sepanjang KSSR tahun 1 (2011).

Tarikh & Masa Pelaksanaaan :
18-20 Julai 2011
(Isnin - Rabu)
 Tempat Pelaksanaan :
-Bilik Mesyuarat SK Putrajaya Presint 16(2)

-Makmal Komputer 3 SK Putrajaya Presint 16 (2)

Kehadiran Peserta :
Guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 2

Gambar

 Sijil dan cenderahati
 Bahan-bahan sokongan kursus
 Peserta dan Juru latih Utama KSSR Tahun 2 Pendidikan Islam 2011
Peserta dan Juru latih Utama KSSR Tahun 2 Bahasa Arab 2011

Disediakan oleh:
(HANAN HAMZAH AL-HAJ)

Sesi Bersua Muka Murabbi Putrajaya bersama-sama Timbalan Pengarah Pelajaran Putrajaya

                               
LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI
Sub Unit Pengurusan Akademik (Pendidikan Islam)


   Tajuk Program/aktiviti :
Majlis Wacana Ilmu dan Taklimat Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya.

   Objektif :

        1-Mengeratkan tali silaturrahim sesama pimpinan PPWPP dan guru-guru
Pendidikan Islam Putrajaya.

 2-Membuka ruang bual bicara antara guru-guru Pendidikan Islam dengan pimpinan PPWPP terhadap isu pendidikan nasional dan Pendidikan Islam.

       3- Memperjelas peranan guru-guru Pendidikan Islam dalam mengharungi  arus  perdana selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

 4-Membuat keputusan bersama terhadap beberapa isu-isu berkaitan dunia pendidikan Islam sekiranya ada demi mempertingkatkan profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dan akademik serta sahsiah anak-anak didik Putrajaya.

     Tarikh & Masa Pelaksanaaan :
30 Jun 2011 
 3.00 ptg hingga 5.00 ptg

    Tempat Pelaksanaan :
Dewan Sekolah SKPP 16 (2).

    Kehadiran Peserta :
-Semua Guru Pendidikan Islam. J-Qaf, Bahasa Arab , KAA dan KKQ seluruh
Putrajaya berjumlah 210 orang.

ATURCARA PROGRAM
2.45 ptg             
  Ketibaan tetamu dan jemputan

3.00 ptg             
  Bacaan Doa

3.05ptg              
  Majlis Perasmian dan Taklimat Tuan Timbalan
                                Pengarah  Pelajaran WP Putrajaya

3.45ptg           
 Wacana Ilmu “ Peranan Guru Pendidikan Islam”
    Tuan Haji Othman bin Hashim
 Pengetua SMKA Putrajaya.

4.40ptg             
    Penyampaian Cenderamata.

4.45ptg             
   Jamuan Ringan dan Bersurai
 GAMBAR






Disediakan oleh,


MUZZAFAR  BIN MALEK
Penolong Pegawai Pelajaran (Pendidikan Islam),
Pejabat Pelajaran WP Putrajaya