Most Popular

Sunday, March 20, 2011

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA ARAB KAA WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh     :    3 Mac 2011 (Khamis)
Tempat   :    SMK  Segambut Jaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menghantar 4  penyertaan bagi pertandingan bercerita bahasa arab  peringkat negeri Wilayah Persekutuan yang pertama kali di adakan pada tahun ini. 

Sebayak 20 penyertaan pada tahun ini yang telah mencungkil pelbagai bakat pelajar dalam menyampaikan cerita, melakonkan watak cerita serta bantuan bahan lakonan,ICT dalam bentuk animasi, suara latar dan power point.

Pencapaian terbaik Putrajaya ialah ditempat keenam yang menjadi milik SMK Putrajaya Presint 16(1)  diharap akan menjadi perangsang dan motivasi kepada kita untuk terus maju pada pertandingan tahun hadapan.

Semoga pengalaman yang diperolehi anak didik semua menjadi pembakar semangat untuk terus mendalami bahasa syurga  yang mulia ini.

Teruskan Usaha!

Hadapan pentas


Barisan Panel Hakim
Bahan bantu ICT

Peserta-peserta Putrajaya bersama guru masing-masing
Moga terus mara untuk memartabatkan bahasa Syurga

No comments:

Post a Comment